Tuesday, October 30, 2012

Senyuman Itu.. II








Matanya kembali sayu memandang kitab Qawaid Fiqhiyyah di hadapannya. Entah mengapa hatinya tiba-tiba redup saat itu. Air matanya setitik demi setitik jatuh membasahi meja belajarnya. Dia tertunduk. Dikesatnya air mata itu perlahan-lahan dek bimbang disedari teman sebelahnya. Pandangannya kembali tertumpu kepada pensyarah yang sedang mengajar. Dia cuba untuk memberi sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya, namun hampa. Fokusnya telah hilang ketika itu. Hanya mata memandang, hanya telinga mendengar, tapi malang sekali fikirannya tidak bersama ketika itu.

Kring!! Kring!! Bunyi loceng itu menandakan kelas telah pun berakhir pada hari itu.


“Solehah, jom balik!” ajak temannya. Namun tidak diendahnya. Dia masih dengan lamunannya.


“Solehah oo Solehah..oo Solehah Mansurah..

Sunday, October 28, 2012

Zaman Kita Semua



Dulu, kita masih kanak-kanak. Tika itu tiada apa yang kita fikirkan, hanya inginkan kepuasan dan keseronokan. Tika itu kita masih belum memahami. Kenapa kita diwujudkan, apa peranan kita di muka bumi, apa itu ujian dan cabaran. Tika itulah zaman keseronokan kita. Bermain jongkang-jongkit, main masak-masak, main keluarga-keluarga, main si bongkok tua. Bermain dan terus bermain. Adakalanya kita berlari. Dan kekadang kita bergaduh. Saat perayaan kitalah yang paling gembira. Bunga api bepercikan tanpa henti di tangan. Tanglung dibawa berarak keliling kampung bersama-sama teman sepermainan. Ziarah-menziarahi rumah jiran tetangga memang menjadi amalan kita.

Tapi bukan kerana itu, hanya kerana inginkan duit raya. Ya, kerana duit raya. Kerana tika itu kita masih belum memahami apa erti disebalik setiap yang kita lakukan. Tiada apa yang perlu kita fikirkan. Tiada masalah yang perlu kita gusar untuk diselesaikan.

Thursday, October 25, 2012

Kejahatan VS Kebaikan


Kalau ditanya siapakah yang paling jahat kat dunia ni, sayalah orangnya.
Subuh  saya sentiasa terlajak,
Baca Al-Qur'an pun tak,
Nasihat orang pun xnak dengar,
Derhaka kat mak ayah,
Maki hamun keji caci, tu semua dah sebati dalam diri saya,
Bila sendirian ada je maksiat yang dilakukan,
Ada je dosa yang saya gemar buat,
Nafsu jahat sentiasa saya utamakan.
Dosa apa lagi yang tak pernah saya lakukan?
Semua pernah saya buat.

Tuesday, October 9, 2012

Senyuman Itu.. I



Dingin pagi itu. Sedingin salji yang berhembus turun di kota itu. Tangannya mencapai kerepek tempe lalu duduk bersandar ke dinding. Dikunyahnya perlahan kerepek itu satu persatu. Sesekali matanya beralih pandangan ke luar jendela. Sekilas matanya terpandang jam di dinding. Lama sungguh jam itu direnungnya . Entah apa yang bermain difikirannya saat itu. Entah apa yang bergelodak di hatinya saat pagi setenang itu.

"Ya Allah, dugaan apakah ini Ya Allah. Apakah yang ingin KAU sampaikan padaku ketika ini     Ya Allah. Mengapa KAU uji aku dengan ujian yang lemah untuk aku hadapinya. Mengapa hati ini KAU berbelah bahagikan antara dua insan itu Ya Allah. Sedangkan tidak KAU ciptakan dalam hati sesorang itu dengan dua hati di dalam rongganya (Al-Ahzab: 4)." Monolog hatinya. Bertubi-tubi persoalan itu menyinggah di ruang hatinya, memecah kedamaian jiwanya saat itu.

Gelodak jiwanya semakin hari semakin membarah.