Tuesday, November 20, 2012

Cinta Hati Saya! =)




Pernah sesorang bertanya : kamu ada pengalaman bercinta?
Jawab saya : semestinya, saya punya banyak pengalaman dalam percintaan, malah cinta yang mungkin tak pernah berlaku kepada yang lain. Tapi ni cerita dulu. Tidak lagi sekarang.

Setiap hari saya bersamanya. Bermain bersama. Tidur bersama. Bila tiba masa makan, saya sediakan makanan dan minuman buatnya. Bila dia nak melelapkan mata, saya ribakan dia. Bila dia kelihatan tidak hensem, saya mandikan dia. Pokoknya apa yang saya lakukan pasti ada dia bersama. Seronok bukan bersama dengan cinta hati kita? 

Emm, kenapa yer saya mencintainya? Mungkinkah kerana rupanya yang hensem dan kiut bangat. Mungkinkah kerana kelincahannya. Atau mungkinkah kerana kehebatannya

Thursday, November 1, 2012

Kisah Taubat Malik bin Dinar



Kisah teladan yang sangat menyentuh hati~
Tidak ada soleh mahupun solehah yang tiada masa silam.
Tidak pendosa yang tiada masa depan.
Ya Allah, bantulah aku untuk mengecapi masa depan yang terbaik. Aamiin....

-------------------------------



Aku seorang polis dan suka minum khamr. Aku membeli seorang budak yang cantik yang melahirkan seorang anak perempuan untukku. Aku sangat mencintai anakku dan ketika dia mulai merangkak dengan kedua tangan dan kakinya aku semakin mencintainya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras di hadapanku dia akan datang kepadaku dan menjauhkan minuman itu, atau dia akan menumpahkannya dariku. Ketika dia genap dua tahun dia meninggal. Aku sangat berduka cita atas pemergiannya.


Ketika datang malam nisfu Sya’ban - itu adalah malam Jum’at –aku tinggal di rumah dan mabuk.. Aku tidak melakukan solat Isyak. Kemudian aku bermimpi hari kiamat telah tiba, Sangkakala telah ditiup dan kuburan melontarkan isinya, seluruh manusia dikumpulkan dan aku berada di antara mereka. Aku mendengar sesuatu