Friday, July 9, 2010

Susahnya Menjaga Hati, Raja Diri !!




Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaitan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin keselamatan, sekalipun ilmu diperlukan. Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati. Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada. Jika miskin atau kurang ilmu, rendah diri pula dengan manusia. Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa.



Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada di jiwa. Jiwa menjadi derita. Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Melihat kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati terluka. Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!



Bukan mudah menahan marah apabila dimarahi orang atau apabila seseorang melakukan kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya. Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita. Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahawa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati seronok dengannya kecuali orang yang betul2 merasakan pujian itu hanyalah milik-Nya..



Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjawatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul. Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa? Segala jawapan ada pada hati kita.



Walau bagaimanapun, apa yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan sentiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya dan yang lain tidak ada erti apa-apa. Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita pasti akan rasa kecewa, seolah-olah kita adalah orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja berburuk sangka dengan Tuhan.



Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berpangkat tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbuah, mulalah kita menghina. Hidup kita pun mulalah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atasan sahaja . Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.



Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan. Kerana itulah kita disuruh berdoa: “Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”



~ Ya Allah, jauhkanlah hati-hati kami daripada sifat-sifat yang Kau murkai..
kurniakanlah kepada kami kelembutan hati untuk taat padaMu..

Wednesday, July 7, 2010

Teladan daripada seekor anjing...



Allah mengajar Wali melalui anjing..

Suatu hari,  seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubahnya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika.”

“Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui perkara-perkara yang kecil.”


~ semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita yg masih lemah ... malulah kite pada makhluk yg tidak dikurniakan akal ttp mampu mnjadi penasihat buat kite insan yg pelupa...

Thursday, June 17, 2010

Kita ditipu Kuffar...



NAK IKUT SAPE??



Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi,
buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.
tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. 




Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ? 




Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.
so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.
Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,
namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.
Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. 




Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.



4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,
namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.
Coke tu sangatlah beracun,
sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).


6. Untuk pengetahuan,
para kafir agen dajjal ni juga mengwar-warkan kebaikan minum soya
(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),
namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki
dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,
kanser ovari,
kanser prostat,
serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. soya juga mengandungi phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,
magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



wAllahu'alam.. ambillah perkara ini sbgai langkah bejaga2.....


Saturday, May 29, 2010

Rahsia Tahajjud


TAHAJJUD (Solat Malam)

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatullail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat
ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

Tidur & Solat Tahajjud

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.



Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )



Pendapat Ahli Sastera Barat

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night."- Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

SALaM TAhAjJUd ...!!

Saturday, May 22, 2010

Kawan


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

==============================--------------------

Corakkan akalmu dengan KEILMUAN.Cantikkan hatimu dengan KEJUJURAN.Rendahkan KEPERIBADIANMU dengan KESOPANAN.Semoga jagamu penuh KETAQWAAN..