Pernah
sesorang bertanya : kamu ada pengalaman bercinta?
Jawab
saya : semestinya, saya punya banyak pengalaman dalam percintaan, malah cinta
yang mungkin tak pernah berlaku kepada yang lain. Tapi ni cerita dulu. Tidak
lagi sekarang.
Setiap hari saya
bersamanya. Bermain bersama. Tidur bersama. Bila tiba masa makan, saya sediakan
makanan dan minuman buatnya. Bila dia nak melelapkan mata, saya ribakan dia.
Bila dia kelihatan tidak hensem, saya mandikan dia. Pokoknya apa yang saya
lakukan pasti ada dia bersama. Seronok bukan bersama dengan cinta hati
kita?
Emm, kenapa yer saya mencintainya? Mungkinkah kerana rupanya yang hensem dan kiut bangat. Mungkinkah kerana kelincahannya. Atau mungkinkah kerana
kehebatannya
mengatasi teman-temannya yang lain ketika di lapangan. Hurm, mungkin juga kerana semua itu. Tapi tidak semua perkara dia terbaik. Kerana terkadang dia membuang tabiat yang kurang menyenangkan. Membuang najis di tempat yang tidak sepatutnya. Tapi saya tidak pernah marah. Malah saya belainya supaya tidak lagi bertindak seperti itu, hanya kerana adanya cinta.
mengatasi teman-temannya yang lain ketika di lapangan. Hurm, mungkin juga kerana semua itu. Tapi tidak semua perkara dia terbaik. Kerana terkadang dia membuang tabiat yang kurang menyenangkan. Membuang najis di tempat yang tidak sepatutnya. Tapi saya tidak pernah marah. Malah saya belainya supaya tidak lagi bertindak seperti itu, hanya kerana adanya cinta.
Tapi kini dia dah
tinggalkan saya. Dia dah pergi, buat selama-lamanya. Bila dia dah tiada, sayu sangat
rasa hati, kesedihan bukan sehari dua. Rasa sepi tanpanya kian menyinggah.
Rindu sangat pada dia. Tapi takdir Allah dah menentukan segalanya. Saya kena
belajar untuk terima hakikat. Cinta pada makhluk itu ada hadnya. Sakit sungguh rasanya bila kehilangan pengarang jantung hati.
Itulah dia, kisah cinta hati saya. Kisah saya dan kucing saya, ! <pies!> ^_^
..........................
Sekadar titipan
(dari saya yang sentiasa melakukan khilaf) buat pasangan yang sedang 'angau'
bercinta tanpa aqad, berusahalah untuk tidak lagi meneruskan perhubungan atas
dasar nafsu semata-mata itu kerana Allah. Pasti suatu saat ada ganjaran yang
tersangat manis dari Allah buat kalian. Kemanisan 'cinta nafsu' hanya
sementara, bimbang nanti bahana yang menimpa lagi dahsyat, membuatkan anda
tersangat sengsara ketika itu. Jangan sesekali mencuba untuk tewas, belajarlah
dulu daripaada pengalaman orang yang pernah tersungkur. Bercinta sesama makhluk
itu ada hadnya, dan suatu saat akan terputus atas sebab-sebab yang tidak pernah
terjangka dan jika tidak pun akan terputus oleh kematian.
Kalau bercinta
dengan haiwan, paling teruk balasan yang dia bagi kepada anda hanyalah najis.
Najis haiwan macam mana la sangat, basuh dengan air hilanglah najisnya, tanpa
meninggalkan kesan, tanpa tercalit bekas. Tapi kalau bercinta sesama manusia
tanpa batas, paling hebat dia boleh bagi dosa besar kepada anda, paling ringan
pun still dalam ruang lingkup dosa. Nak bersihkan dosa bukan semudah
membersihkan najis. Kalau terhapus sekalipun kesannya pasti masih berbekas di
hati. Xseronok bukan hidup dengan dosa?
Saya ada hadiah
untuk anda, ubat mengatasi angau bagi sesiapa yang nak =):
1) Baca Al-Fatihah
7x
2) Baca Surah
Al-Kafirun 7x
3) Baca Innallaha
wa malaikatuhu.. 7x
4) Selawat 7x
-baca sebelum
tidur, amalkan sehingga 'angau' hilang .Insya Allah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلنا ذنوبنا،
وَطَهِّرْ قلوبنا، وَحَصِّنْ فروجنا
“Ya Allah,
ampunilah dosa kami, bersihkan hati kami dan peliharalah kemaluan kami”
------
Ayuh sama-sama
mengubah cinta kita untuk lebih mencintai kematian dan akhirat! Kerana mereka
tidak akan sekali-kali meninggalkan kita, malah mereka menanti kehadiran kita
tanpa pernah kita pinta. Kerana di sanalah tempat kembalinya kita dan di
sanalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya. ♥ ♥ ♥
No comments:
Post a Comment