Menurut Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Majmu’ Al Fatawa terdapat 11 cara dosa seseorang itu boleh terhapus :
- 4 cara ketika di dunia
- 3 cara ketika di alam kubur
- 4 cara ketika di akhirat
4 CARA KETIKA DI DUNIA
1. TAUBAT
(التوبة)
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ
اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ
يَغْفِرُ الذُنُوْبَ جَمِيْعًا
“Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampunkan semua dosa.” [ Az-Zumar : 53]
Rasulullah SAW bersabda:
اَلتَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لاَذَنْبَ لَهُ
“Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa
sama sekali.” [ HR Ibn Majah]
2. MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH (الاستغفار)
وَالَّذِينَ اِذَا فَعَلُوا فَحِشَةً اوْ ظَلَمُوا انْفُسَهُمْ
ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ
اِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ .اوْلَئِكَ
جَزَؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا
الْانْهَرُ خَلِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ اجْرُ الْعَمِلِين
“Dan
juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji , atau menganiaya diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka -
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan
mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,
sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan
mereka, dan Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di
dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”
[QS Ali-Imran : 135-136]
وَاسْتَغْفِرْ
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
“Dan hendaklah engkau memohon
ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” [QS An-Nisaa’: 106]
Nabi SAW bersabda:
لَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَذَهَبَ اللَّهُ بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمِ
يُذْنِبُونَ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُونَ فَيَغْفِرُ لَهُمْ
“Seandainya kamu sekalian tidak berbuat dosa sama sekali, niscaya Allah
akan memusnahkan kalian. Setelah itu, Allah akan mengganti kalian dengan umat
yang pernah berdosa. Kemudian mereka memohon ampunan kepada Allah
(beristighfar) dan Allah pun pasti akan mengampuni mereka.” [HR
Muslim]
“Sesiapa yang selalu
beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap
kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga
olehnya”. [HR Abu Daud]
3. AMALAN KEBAIKAN (الأعمال
الصالحة)
… إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
“ … Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu
menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” [QS Huud: 114]
Nabi SAW bersabda :
“Sedekah itu akan memadamkan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api.
Hasad akan memakan kebaikan sebagaimana api melahap kayu bakar.” [ HR Al
Baihaqi]
4.
MUSIBAH (المصائب المكفرة)
Ada dosa dihapuskan oleh Allah SWT melalui pembalasan dalam bentuk
musibah. Setiap musibah menimpa orang beriman adalah kiffarah (penghapus)
kekotoran dosa. Walau seberat mana
musibah di dunia ini, tentulah tidak seberat diterima di akhirat. Di dunia
masih ada ruang untuk memperbaiki kesalahan dan bertaubat.
وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍۢ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍۢ
“Dan apa
saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu
sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). ” [Ash-Syuura : 30]
Diriwayatkan
dari Abu Sa’id Al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلمَ
مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ
حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidaklah menimpa seorang muslim kelelahan, sakit, kekhawatiran,
kesedihan, gangguan dan duka, sampai pun duri yang mengenai dirinya, kecuali
Allah akan menghapus dengannya dosa-dosanya.” [HR
Bukhari & Muslim]
“Setiap musibah yang menimpa
seorang muslim, maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya, walaupun hanya kerana
tertusuk duri.” [HR Muslim]
----------------------------------------------
Seseorang
yang biasanya meragui bahawa dosa-dosanya terlalu banyak untuk diampunkan oleh
Allah menyebabkan dia berat untuk bertaubat adalah berpunca daripada:
1. Ketidak yakinan seseorang terhadap luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya.
2. Lemahnya iman dan keyakinannya terhadap kuasa Allah yang mampu mengampuni
keseluruhan dosa makhlukNya.
3. Kurang berharap, berdoa, mengingati dan tawadhu’ kepada Allah.
4. Tidak berkeyakinan bahawa dengan taubat pasti menghapuskan semua jenis dosa
disebabkan rahmat Allah.
Allah tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa
hambaNya yang meminta pengampunan. Pengampunan Allah Azza waJalla sentiasa
diberikan kepada hambaNya yang bertaubat kerana rahmatNya meliputi
segala-galanya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment