Wednesday, December 12, 2012

Qawa'id Fiqhiyyah (Kaedah 1)

KAEDAH 1 : 
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat. ( الأمور بمقاصدها )





Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya :

a) Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim:



انما الأعمال بالنية وانما لامرئ ما نوى, فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امراة ينكحها فهجرته الى ماهاجر اليه
Terjemahan: Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasuln-Nya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya . Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.

Sunday, December 9, 2012

Aku dan Dia Hanyalah Hamba




Air mata wanitanya jatuh setitik demi setitik ke atas catatan yang baru ditulis di dalam diari peribadinya itu lantas mengembangkan sedikit dakwat yangg masih belum menyerap sepenuhnya. Cepat-cepat dia menyeka air jernih itu sambil menatap ukiran souvenir yang dipegangnya. Itulah penyesalan yang maha hebat yang pernah dirasainya. Tidak pernah lagi dia berkelakuan seperti itu selama ini. Tidak pernah sama sekali. Sudah pasti perlakuannya yang terburu-buru itu telah menjatuhkan nama baik pemuda itu. Solehah lantas menyimpan souvenir itu di dalam lacinya, bersama diari itu lalu menguncinya. 


Dia terus keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah tempat yang seringkali dia singgah saat kedamaian jiwa tidak dia miliki. Tempat yang biasa dia habiskan waktunya untuk mencari ilham dan menenangkan jiwanya yang remuk. Indahnya tidak pernah mampu terukir dengan kata-kata. Bagai kaki selangkah berada di taman syurga. Tempat yang menghantar bau-bauan harum untuk para tetamunya.

Saturday, December 8, 2012

Qawa'id Fiqhiyyah


 


Qawa’id Fiqhiyyah merupakan kaedah yang bersifat umum meliputi sejumlah masalah fiqh dan melaluinya dapat diketahui hukum masalah fiqh yang berada dalam lingkupnya. qawaid fiqhiyyahsecara langsungnya didasarkan dan disandarkan kepada dalil-dalil dari al-Qur’an dan Sunnah  dapat dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan hukum. Kaedah fekah iaitu kaedah-kaaedah yang bersifat umum, yang mengelompokkan masalah-masalah fekah secara terperinci menjadi beberapa kelompok, juga merupakan pedoman yang memudahkan penyimpulan hukum bagi suatu masalah, iaitu dengan cara menggolongkan masalah-masalah yang serupa dibawah satu kaedah.

Berhubung hukum feqah lapangannya luas, meliputi berbagai peraturan dalam kehidupan yang menyangkut hubungan manusia dengan Tuhannya, dan hubungan manusia dengan sesama manusia. Qawa’id  fiqhiyyah ialah kaedah fekah dalam undang-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan fekah Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi. Tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal yang berpandukan nas dalam berijtihad.

Tuesday, November 20, 2012

Cinta Hati Saya! =)




Pernah sesorang bertanya : kamu ada pengalaman bercinta?
Jawab saya : semestinya, saya punya banyak pengalaman dalam percintaan, malah cinta yang mungkin tak pernah berlaku kepada yang lain. Tapi ni cerita dulu. Tidak lagi sekarang.

Setiap hari saya bersamanya. Bermain bersama. Tidur bersama. Bila tiba masa makan, saya sediakan makanan dan minuman buatnya. Bila dia nak melelapkan mata, saya ribakan dia. Bila dia kelihatan tidak hensem, saya mandikan dia. Pokoknya apa yang saya lakukan pasti ada dia bersama. Seronok bukan bersama dengan cinta hati kita? 

Emm, kenapa yer saya mencintainya? Mungkinkah kerana rupanya yang hensem dan kiut bangat. Mungkinkah kerana kelincahannya. Atau mungkinkah kerana kehebatannya

Thursday, November 1, 2012

Kisah Taubat Malik bin Dinar



Kisah teladan yang sangat menyentuh hati~
Tidak ada soleh mahupun solehah yang tiada masa silam.
Tidak pendosa yang tiada masa depan.
Ya Allah, bantulah aku untuk mengecapi masa depan yang terbaik. Aamiin....

-------------------------------



Aku seorang polis dan suka minum khamr. Aku membeli seorang budak yang cantik yang melahirkan seorang anak perempuan untukku. Aku sangat mencintai anakku dan ketika dia mulai merangkak dengan kedua tangan dan kakinya aku semakin mencintainya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras di hadapanku dia akan datang kepadaku dan menjauhkan minuman itu, atau dia akan menumpahkannya dariku. Ketika dia genap dua tahun dia meninggal. Aku sangat berduka cita atas pemergiannya.


Ketika datang malam nisfu Sya’ban - itu adalah malam Jum’at –aku tinggal di rumah dan mabuk.. Aku tidak melakukan solat Isyak. Kemudian aku bermimpi hari kiamat telah tiba, Sangkakala telah ditiup dan kuburan melontarkan isinya, seluruh manusia dikumpulkan dan aku berada di antara mereka. Aku mendengar sesuatu