Saturday, May 22, 2010

Kawan


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki dirinya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

==============================--------------------

Corakkan akalmu dengan KEILMUAN.Cantikkan hatimu dengan KEJUJURAN.Rendahkan KEPERIBADIANMU dengan KESOPANAN.Semoga jagamu penuh KETAQWAAN..


1 comment:

  1. salam..

    Sahabat yang baik membawa kita kejalan kebaikan..melihatnya membuatkan kita ingatkan kematian,
    bercakap dengannya buat kita ingat kalamullah dan zikirullah..
    Pasti Shabat Yang Baik akan membuat kita mengenal TUHAN..

    UKHUWAH itu terbina atas ranting kejujuran... Bertunjangkan mahabbah fillah... lalu membuahkan kemanisan ikatan... JIKA terpesong... MAKA ibarat patahlah ranting,reputlah akar... lalu rosaklah buah pokoknya.. teman tidak semestinya sentiasa dekat jaraknya,tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan DOANYA...

    moga diperlihara UKHwah hanya kerana Allah..

    ReplyDelete