Tuesday, October 30, 2012

Senyuman Itu.. II








Matanya kembali sayu memandang kitab Qawaid Fiqhiyyah di hadapannya. Entah mengapa hatinya tiba-tiba redup saat itu. Air matanya setitik demi setitik jatuh membasahi meja belajarnya. Dia tertunduk. Dikesatnya air mata itu perlahan-lahan dek bimbang disedari teman sebelahnya. Pandangannya kembali tertumpu kepada pensyarah yang sedang mengajar. Dia cuba untuk memberi sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya, namun hampa. Fokusnya telah hilang ketika itu. Hanya mata memandang, hanya telinga mendengar, tapi malang sekali fikirannya tidak bersama ketika itu.

Kring!! Kring!! Bunyi loceng itu menandakan kelas telah pun berakhir pada hari itu.


“Solehah, jom balik!” ajak temannya. Namun tidak diendahnya. Dia masih dengan lamunannya.


“Solehah oo Solehah..oo Solehah Mansurah..
”panggil temannya. Namun kesian, tiada sahutan. Setelah berkali-kali panggilannya belum juga bersahut, lantas dia meluru ke arah Solehah. Dicuitnya teman akrabnya itu lalu dihadapkan mukanya rapat ke muka Solehah.


“Astaghfirullah al-‘azim..(Solehah beristighfar panjang dek kerana tersentak) Enti ni..Boleh luruh jantung ana.. Enti ni kenapa?” tanya Solehah.


“Aik, kita pula yang disoalnya. Ana panggil enti dah banyak kali tadi, tak jugak bersahutnya. Enti ni kenapa? Mengelamun ya?” usik Faqihah.


“Ish mana ada. Ana tengah belajar ni. Dah, pergi balik kat tempat duduk. Nantikan tak pasal-pasal pensyarah marah.” Bicara Solehah tanpa menyedari bahawa kelasnya petang itu telah pun berlalu 10 minit yang lalu.


“Ya Allah Solehah. Enti ada masalah ya?
Sampaikan kelas dah tamat pun tak sedar yer. Haish. Sudah, jom kita balik.”


“Oh, kelas da habis rupanya.” Keluh Solehah di dalam hatinya.


Dia cepat-cepat mengemas barang-barang yang berserakan di atas mejanya. Dimasukkan barang-barang itu ke dalam beg kesayangannya yang berwarna maroon yang dihadiahkan ibunya. Dia berdiri. Langkahnya diatur menuju ke asrama bersama temannya.


------------------------------------------


Faqihah. Itulah satu-satunya temannya dunia akhirat. Teman yang sentiasa sudi menasihatinya di kala dia alpa. Teman yang sentiasa berusaha menutup keaiban dirinya tika dia tersalah. Lalu dinasihatinya dengan penuh ketulusan dan kelembutan. Teman yang tidak pernah menceritakan keburukan sahabat-sahabatnya yang lain hatta kepada dirinya sebagai sahabat baik. Teman seperti itulah yang Solehah cari selama ini. Sukar menceritakan keaiban orang lain, bermakna teman ini tidak akan sesenangnya membuka keaiban dirinya kepada sahabatnya yang lain. Teman seperti inilah yang paling dia percayai.


“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” [HR Bukhari]


Faqihah juga teman yang sentiasa mengingatkannya tentang kematian, nikmatnya Syurga dan azabnya Neraka agar dia tidak sesekali tertipu dengan indahnya dunia sementara. Terlalu banyak yang dia teladani daripada Faqihah. Kata Faqihah, ramai manusia mencintai dunia tetapi bencikan mati sebab dunia adalah tipudaya yang indah sedangkan kematian itu adalah kebenaran yang pahit. Hakikatnya, ramai yang memilih tipu daya itu berbanding kebenaran. Lihat saja. Berapa ramai manusia yang menyiapkan diri untuk betemu kebenaran itu, bersiap untuk bertemu Allah. Tak ramai bukan?


“Sebaik-baik temanmu itu ialah mereka yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT apabila kamu melihatnya dan menambahkan ilmu kamu dengan percakapannya serta menyemarakkan kamu bersedia bekalan untuk akhirat. “[HR Tirmizi]

“Allahumma faqqihha fiddin wa ‘allimha hikmata wa ta’wil.” Doa yang sentiasa meniti dibibirnya buat Faqihah.


-----------------------------------------------


“Faqih (nama panggilannya), kita singgah kat lab sekejap boleh? Ana nak cari sesuatu la.” Tanya Solehah kepada temannya.


“Oke, boleh juga. Jom la.” Balas Faqihah dengan penuh senyuman.


Kerusi ditarik. Dia duduk perlahan-lahan sambil tangannya memegang tetikus cilik itu. Ketika itu Faqihah berada di hadapan komputer barisan belakangnya.  Cursor  diletakkan pada kotak kosong yang tertayang di skrin komputer tersebut. Username dan juga password dimasukkan untuk log in. Ikon internet explorer ditekannya. Ditaipnya ‘salasilah penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam Maahad Tarbiyah (PERMIMT)’ pada carian google. Akhirnya. Terjumpa juga blog PERMIMT yang dia cari selama ini. Lalu dikliknya link tersebut dengan penuh kegembiraan di wajahnya. Di’scroll’ blog itu perlahan-lahan ke bawah.


Maahad Tarbiyah pada asalnya tidak mempunyai sebarang pertubuhan kepimpinan, namun senior-senior batch awal penubuhan maahad tersebut telah mencadangkan kepada pihak terbabit agar mewujudkan organisasi kepimpinan daripada kalangan pelajar sendiri. PERMIMT mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan wujud sehingga kini. Yah. Akhirnya jumpa juga, senarai pimpinan PERMIMT dari awal penubuhannya sehingga sekarang. Diperhatikan satu persatu poster-poster kepimpinan mereka. Sehinggalah tiba-tiba..


Matanya terpana pada wajah seseorang.


“Oke, ni poster senarai kepimpinan sesi 1994/1995. Hmm, presidentnya Muhammad Mansur bin Mubasyir. Heh, sama pulak nama ayah kita (sambil tersenyum). Eh, kalau tak silap ni lelaki tadi. Iyya. Inilah lelaki yang tiba-tiba hadir dalam ingatanku. Senyumannya. Sama! Tapi, sesi kepimpinannya dah lama berlalu. Bagaimana mungkin dia masih di sini. Ah, pensyarah di sini barangkali. Tak pun pelanduk dua serupa. Tak mustahil..” Monolog hatinya.


Dia cuba untuk menyedapkan rasa hatinya namun lain pula jadinya. Pelbagai persoalan lain pula yang timbul dalam benak fikirannya tentang lelaki itu. Entah macam mana dia boleh terpikat dengan lelaki tersebut sedangkan dia tidak betul-betul mengenalinya.



++++++++++
BERSAMBUNG......

No comments:

Post a Comment