Dulu, kita masih kanak-kanak.
Tika itu tiada apa yang kita fikirkan, hanya inginkan kepuasan dan keseronokan.
Tika itu kita masih belum memahami. Kenapa kita diwujudkan, apa peranan kita di
muka bumi, apa itu ujian dan cabaran. Tika itulah zaman keseronokan kita.
Bermain jongkang-jongkit, main masak-masak, main keluarga-keluarga, main si bongkok
tua. Bermain dan terus bermain. Adakalanya kita berlari. Dan kekadang kita
bergaduh. Saat perayaan kitalah yang paling gembira. Bunga api bepercikan tanpa
henti di tangan. Tanglung dibawa berarak keliling kampung bersama-sama teman
sepermainan. Ziarah-menziarahi rumah jiran tetangga memang menjadi amalan kita.
Tapi bukan kerana itu, hanya
kerana inginkan duit raya. Ya, kerana duit raya. Kerana tika itu kita masih
belum memahami apa erti disebalik setiap yang kita lakukan. Tiada apa yang
perlu kita fikirkan. Tiada masalah yang perlu kita gusar untuk diselesaikan.
Apa yang kita perlukan semuanya dah siap disediakan. Riang sungguh saat itu.
Andai masa boleh kita putar, pasti ramai yang memilih untuk kembali ke zaman
itu. Namun aturan Allah itu cantik. Ada masa kita menjadi seriang kanak-kanak,
tiba masanya kita akan menjadi remaja yang ingin mencari erti hidup untuk terus
memupuk kematangan diri.
Remaja. Entah apa istimewanya
menjadi remaja. Kenapa Allah tak memanjangkan zaman kanak-kanak kita itu. Rindu
sungguh saat itu. Tiada amanah yang terpikul dibahu. Tiada kewajipan yang perlu
kita lunaskan. Tiada tanggungjawab yang terbeban di dada. Seronok. Tapi sampai
bila kita mahu menjadi kanak-kanak itu? Bukankan tanggungjawab dan amanah itu
hadiah dari Allah. Siapa tahu melalui bebanan ini Allah anugerahkan kematangan
buat kita untuk menghadapi hari-hari mendatang. Tidak rindukah kita untuk
menjadi matang? Buat apa nak rindu, kita baru remaja. Untuk apa kita perlu
melalui semua itu? Kita bukannya dewasa lagi. Matang tu hanya untuk orang
dewasa! Zaman remaja zaman untuk mengenali dan belajar untuk matang, bukan
zaman matang! Ya sememangnya itulah zaman remaja.
Belajar untuk berdikari.
Belajar untuk hidup bersendikan ujian. Belajar untuk tidak terus bergantung harap
kepada orang lain. Belajar erti hidup berTuhan. Belajar dan terus belajar apa
itu hidup dan apa itu kehidupan. Zaman remaja zaman yang sukar untuk kita.
Zaman keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru terlalu tinggi. Zaman untuk
menguji siapakah yang bakal kita turutkan. Nafsu atau Iman. Syaitan atau Tuhan
Yang Menciptakan. Saat inilah ujian datang bertimpa-timpa. Bukan kerana
zalimnya Allah kepada hambaNYA. Bukan kerana benciNYA Dia kepada kita. Tapi
kerana kasih dan sayangnya Allah kepada makhluknya yang bergelar ‘kita’. Kerana
ujian itulah didikan dari Allah untuk kita. Dan kerana ujian itu juga hadiah
dari Allah buat hamba-hambaNYA yang mengaku hidup bertuhan. Kita tidak akan
menjadi dewasa andai belum melalui zaman ini. Yah, wajib untuk kita tempuhi.
Bersama Iman yang jitu. Andai tidak, pasti tersungkur dijalanan berbatu.
Tempuhilah, kita bakal bergelar dewasa kelak.
Yah, saatnya telah tiba.
Sekian lama kita menanti untuk saat ini. Saat kematangan diri semakin
menyerlah. Saat pemikiran yang belum mumayyiz telah banyak sirna dari hidup
kita. Zaman lalu, bersusah payah kita tempuhi. Kita perjuangkan hidup
berlandaskan keimanan. Kita henyakkan kepuasan nafsu daripada terus memonopoli
kehidupan. Iman itu lebih utama. Iman itu mengatasi segalanya. Iman itu bukan
hanya di mulut tapi dihati! Iman itu nikmat Allah yang terbesar! Ya, kini kita
berjaya melaluinya. Bukan kerana diri kita. Tetapi kerana kita berpaksikan
bimbingan dariNYA. Syukurlah. Hari ini kita telah dewasa. Matang. Lebih matang.
Detik inilah zaman keindahan kita. Zaman yang bakal kita hargai kelak. Bersama
kebahagiaan keluarga yang kita bina. Al-qur’an di hati setiap isi rumah kita.
Kalam Allah meniti lancar dibibir. Benteng rumahtangga kita bina dengan solat
berjemaah bersama. Cahaya malam kita hidupkan dengan tahajjud pada Yang Esa.
Kita bina putera-puteri pewaris risalah nabi.
Saat indah tika itu pastinya
ketika mana kesatuan keluarga kita hanya kerana Allah yang Esa. Namun, jangan
kita alpa. Cabaran dan ujian Allah ada di mana-mana. Tidak kira di mana kita
saat itu, tidak kira siapa kita, dan tidak kira diperingkat usia mana kita
ketika itu. Terkadang ujian datang tanpa kita pinta. Singgahnya di dalam hidup
kita hanya sementara sebelum pulangnya ia sambil menguntumkan kemanisan buat
yang sanggup menghadapinya dengan sabar. Tapi sayang, ketika inilah ramai
manusia tidak mampu bertahan. Kesabaran tidak mampu mengatasi kemarahan. Andai
tidak berlapikkan iman. Ayuh diri! Kenapa tida sekuat dulu? Bukankah dulu
zamanmu lagi hebat cabarannya? Ayuh, teguhkan hati, kuatkan semangat. Hidupmu
bukan untuk dihabiskan dengan semua itu semata-mata. Pasakkan Allah di hati!
Hidup kita dah tak lama, hanya menunggu untuk tua.
Tua. Suatu hari nanti kita
semua pasti melalui saat itu. Kelak kita punya dua kemungkinan, tua yang
membahagiakan atau tua yang tak tertanggung derita di jiwa. Jangan jadikan muda
kita sebagai penyebab sengsaranya kita di hari tua, manfaatkanlah masa itu
sebaiknya agar manisnya kelak kita rasai.
“Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para
petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur. Dan di ahirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang palsu”. [Surah Al-Hadiid: ayat 20]
-------------------
Putaran hidup kita sama, tapi
hebatnya Allah menjadikan jalan cerita kita berbeza~
Dulu, kita masih kanak-kanak.
Tika itu tiada apa yang kita fikirkan, hanya inginkan kepuasan dan keseronokan.
Tika itu kita masih belum memahami. Kenapa kita diwujudkan, apa peranan kita di
muka bumi, apa itu ujian dan cabaran. Tika itulah zaman keseronokan kita.
Bermain jongkang-jongkit, main masak-masak, main keluarga-keluarga, main si bongkok
tua. Bermain dan terus bermain. Adakalanya kita berlari. Dan kekadang kita
bergaduh. Saat perayaan kitalah yang paling gembira. Bunga api bepercikan tanpa
henti di tangan. Tanglung dibawa berarak keliling kampung bersama-sama teman
sepermainan. Ziarah-menziarahi rumah jiran tetangga memang menjadi amalan kita.
Tapi bukan kerana itu, hanya
kerana inginkan duit raya. Ya, kerana duit raya. Kerana tika itu kita masih
belum memahami apa erti disebalik setiap yang kita lakukan. Tiada apa yang
perlu kita fikirkan. Tiada masalah yang perlu kita gusar untuk diselesaikan.
Apa yang kita perlukan semuanya dah siap disediakan. Riang sungguh saat itu. Andai masa boleh kita putar, pasti ramai yang memilih untuk kembali ke zaman itu. Namun aturan Allah itu cantik. Ada masa kita menjadi seriang kanak-kanak, tiba masanya kita akan menjadi remaja yang ingin mencari erti hidup untuk terus memupuk kematangan diri.
Apa yang kita perlukan semuanya dah siap disediakan. Riang sungguh saat itu. Andai masa boleh kita putar, pasti ramai yang memilih untuk kembali ke zaman itu. Namun aturan Allah itu cantik. Ada masa kita menjadi seriang kanak-kanak, tiba masanya kita akan menjadi remaja yang ingin mencari erti hidup untuk terus memupuk kematangan diri.
Remaja. Entah apa istimewanya
menjadi remaja. Kenapa Allah tak memanjangkan zaman kanak-kanak kita itu. Rindu
sungguh saat itu. Tiada amanah yang terpikul dibahu. Tiada kewajipan yang perlu
kita lunaskan. Tiada tanggungjawab yang terbeban di dada. Seronok. Tapi sampai
bila kita mahu menjadi kanak-kanak itu? Bukankan tanggungjawab dan amanah itu
hadiah dari Allah. Siapa tahu melalui bebanan ini Allah anugerahkan kematangan
buat kita untuk menghadapi hari-hari mendatang. Tidak rindukah kita untuk
menjadi matang? Buat apa nak rindu, kita baru remaja. Untuk apa kita perlu
melalui semua itu? Kita bukannya dewasa lagi. Matang tu hanya untuk orang
dewasa! Zaman remaja zaman untuk mengenali dan belajar untuk matang, bukan
zaman matang! Ya sememangnya itulah zaman remaja.
Belajar untuk berdikari.
Belajar untuk hidup bersendikan ujian. Belajar untuk tidak terus bergantung harap
kepada orang lain. Belajar erti hidup berTuhan. Belajar dan terus belajar apa
itu hidup dan apa itu kehidupan. Zaman remaja zaman yang sukar untuk kita.
Zaman keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru terlalu tinggi. Zaman untuk
menguji siapakah yang bakal kita turutkan. Nafsu atau Iman. Syaitan atau Tuhan
Yang Menciptakan. Saat inilah ujian datang bertimpa-timpa. Bukan kerana
zalimnya Allah kepada hambaNYA. Bukan kerana benciNYA Dia kepada kita. Tapi
kerana kasih dan sayangnya Allah kepada makhluknya yang bergelar ‘kita’. Kerana
ujian itulah didikan dari Allah untuk kita. Dan kerana ujian itu juga hadiah
dari Allah buat hamba-hambaNYA yang mengaku hidup bertuhan. Kita tidak akan
menjadi dewasa andai belum melalui zaman ini. Yah, wajib untuk kita tempuhi.
Bersama Iman yang jitu. Andai tidak, pasti tersungkur dijalanan berbatu.
Tempuhilah, kita bakal bergelar dewasa kelak.
Yah, saatnya telah tiba.
Sekian lama kita menanti untuk saat ini. Saat kematangan diri semakin
menyerlah. Saat pemikiran yang belum mumayyiz telah banyak sirna dari hidup
kita. Zaman lalu, bersusah payah kita tempuhi. Kita perjuangkan hidup
berlandaskan keimanan. Kita henyakkan kepuasan nafsu daripada terus memonopoli
kehidupan. Iman itu lebih utama. Iman itu mengatasi segalanya. Iman itu bukan
hanya di mulut tapi dihati! Iman itu nikmat Allah yang terbesar! Ya, kini kita
berjaya melaluinya. Bukan kerana diri kita. Tetapi kerana kita berpaksikan
bimbingan dariNYA. Syukurlah. Hari ini kita telah dewasa. Matang. Lebih matang.
Detik inilah zaman keindahan kita. Zaman yang bakal kita hargai kelak. Bersama
kebahagiaan keluarga yang kita bina. Al-qur’an di hati setiap isi rumah kita.
Kalam Allah meniti lancar dibibir. Benteng rumahtangga kita bina dengan solat
berjemaah bersama. Cahaya malam kita hidupkan dengan tahajjud pada Yang Esa.
Kita bina putera-puteri pewaris risalah nabi.
Saat indah tika itu pastinya
ketika mana kesatuan keluarga kita hanya kerana Allah yang Esa. Namun, jangan
kita alpa. Cabaran dan ujian Allah ada di mana-mana. Tidak kira di mana kita
saat itu, tidak kira siapa kita, dan tidak kira diperingkat usia mana kita
ketika itu. Terkadang ujian datang tanpa kita pinta. Singgahnya di dalam hidup
kita hanya sementara sebelum pulangnya ia sambil menguntumkan kemanisan buat
yang sanggup menghadapinya dengan sabar. Tapi sayang, ketika inilah ramai
manusia tidak mampu bertahan. Kesabaran tidak mampu mengatasi kemarahan. Andai
tidak berlapikkan iman. Ayuh diri! Kenapa tida sekuat dulu? Bukankah dulu
zamanmu lagi hebat cabarannya? Ayuh, teguhkan hati, kuatkan semangat. Hidupmu
bukan untuk dihabiskan dengan semua itu semata-mata. Pasakkan Allah di hati!
Hidup kita dah tak lama, hanya menunggu untuk tua.
Tua. Suatu hari nanti kita
semua pasti melalui saat itu. Kelak kita punya dua kemungkinan, tua yang
membahagiakan atau tua yang tak tertanggung derita di jiwa. Jangan jadikan muda
kita sebagai penyebab sengsaranya kita di hari tua, manfaatkanlah masa itu
sebaiknya agar manisnya kelak kita rasai.
“Ketahuilah, bahawa
sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,
perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para
petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur. Dan di ahirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang palsu”. [Surah Al-Hadiid: ayat 20]
-------------------
Putaran hidup kita sama, tapi
hebatnya Allah menjadikan jalan cerita kita berbeza~
No comments:
Post a Comment