Wednesday, December 12, 2012

Qawa'id Fiqhiyyah (Kaedah 1)

KAEDAH 1 : 
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat. ( الأمور بمقاصدها )





Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf ditentukan oleh niatnya. Asal kaedah ini diambil daripada sabda Nabi, antaranya :

a) Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim:



انما الأعمال بالنية وانما لامرئ ما نوى, فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها او امراة ينكحها فهجرته الى ماهاجر اليه
Terjemahan: Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasuln-Nya maka hijrahnya itu kerana Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwaninya . Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.




b) Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

لا عمل لمن لا نية له
Terjemahan : tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.

c) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

ييعث الناس على نيتهم
Terjemahan : manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya.

Oleh itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu atau diberi pahala atau dosa. Untuk itu, amalan yang tidak disertai niat tidak mendatang apa-apa kesan.

------------------------
PECAHAN KAEDAH :

Berdasarkan kepada kaedah pertama diatas boleh dipecahkan kepada beberapa kaedah lain yang lebih kecil. Antaranya:

a. عدم اشتراط النية فى عبادة لا تكون عادة أو لا تلتبس
Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana jenis ibadat yang ia bukan jenis adat, atau ia tidak akan kesamaran dengan yang lain. Contohnya seperti beriman kepada Allah, takut dan mengharap kepada-Nya, membaca al-Qur’an, zikir. Hal ini kerana bentuk amalan itu sudah pun berbeza dengan yang lain, tetapi diwajibkan niat pada membaca al-Qur’an apabila dinazarkannya bagi membezakan fardhu dengan yang lainnya.

b. اشتراط التعيين فيما يلتبس دون غيره
Disyaratkan ta’yin(menentu) dalam mana-mana amalan yang mempunyai persamaan, tetapi tidak disyaratkan ta’yin pada amalan yang tidak kesamaran dengan yang lain. Contohnya yang disyaratkan ta’yin ialah seperti solat, dan yang tidak diperlukan ta’yin adalah seperti taharah, haji dan umrah.

c. مالا يشترط التعرض له جماة وتفصيلا اذا عينه وأخطأ لم يضر
Sesuatu amalan yang tidak disyratkan ta’arrudh baginya sama ada secara ringkas mahupun terperinci, apabila dita’yinkan dan tersalah ta’yin itu maka ia tidak memudaratkan(tidak batal). Contohnya, seperti ta’yin tempat solat dan waktunya, ta’yin imam akan makmun dibelakangnya, tiba-tiba tersalah maka tidak batal solat tersebut.

d. ما يشترط فيها التعيين فالخطأ فيه مبطل
Amalan-amalan yang disyaratkan ta’yin, jika tersalah ta’yin maka ia membatalkan amalan itu. Contohnya, tersalah niat puasa kepada niat solat atau sebaliknya, dan dari solat zohor kepada asar.

e. ما يجب التعرض له جملة ولا يشترط تعيينه تفصيلا اذا عينه وأخطأ ضر
Amalan-amalan yang wajib dita’arrudh baginya secara ringkas dan tidak disyaratkan ta’yinnya secara terperinci apabila dita’yinkan dan tersalah maka ia menjadi mudarat(batal). Contohnya, seseorang yang sembahyang jenazah dengan berniat si Zaid, kemudian ternyata yang disembahyangkan itu Umar, atau ditentukan lelaki yang sebenarnya perempuan, maka terbatal sembahyang jenazah itu jika tidak disebutkan mayat itu.

f. النية فى اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعم الخاص
Iaitu niat seseorang yang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan yang am, tetapi dia tidak boleh mengumunkan lafaz yang khas. Contohnya, seseorang yang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia niatkan orang itu Umar.

g. مقاصد اللفظ على نية اللافظ الا فى موضع واحد وهو اليمين عند القاضى
Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz kecuali satu masalah sahaja iaitu sumpah dihadapan hakim. Ini kerana sumpah dihadapan hakim adalah berdasarkan kepada niat hakim bukan dikira mengikut niat orang yang bersumpah.

h. العبرة فى العقود للمقا صد والمعاني لا للالفاظ والمعاني
Yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja. Contohnya, apabila seseorang berkata “aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekia-sekian dengan harga ini”. Lalu dijawab oleh penjual, “ya, aku jualkannya kepada engkau”.




.....................................................................
اللهم فقهنا في الدين وعلمنا الحكمة والتأويل
...Mari Menjadi HAMBA...
.....................................................................

No comments:

Post a Comment